Pada 24 Januari 2017, Persatuan Pendidikan Alam [NESt] telah menganjurkan Karnival & Bengkel Fotografi bersijil serta pelancaran persatuan tersebut di Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program telah dirasmi dan dilancarkan oleh TKP Kausalya Devi a/p Sathoo, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir memeriahkan program TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. PKP Abd Rahman bin Taib, PP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Encik Mohd Isa bin Mohd Saad, Presiden Persatuan Pendidikan Alam [NESt]. En. Sulaiman bin Salikan, Timbalan Presiden NESt, 270 penghuni lelaki dan wanita SHGTM, 19 guru akademik serta 12 jurufoto institusi penjara seluruh negeri Melaka. Aktiviti yang dijalankan ialah kursus sehari fotografi, ceramah motivasi, pameran lukisan, bengkel kraftangan kayu dan bahan terbuang serta pemeriksaan terapi kesihatan dari Hospital Putrajaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia [PPUKM].
""